Rutin ini sangat penting utuk mengurangkan risiko kecederaan dan menambah-baik lagi prestasi anda semasa bersukan. Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan ialah satu aktiviti yang ringan dan tidak lasak. Warming up boleh membantu anda bersedia untuk melakukan aktiviti lasak. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular akan meningkat secara berperigkat kemudian darah yang berada diotot akan turut menigkat dan menaikkan suhu badan. Sekiranya kita melakukan aktiviti lasak secara mengejut badan akan mengalami pelbagai masalah otot seperti kejang otot.
BAGAIMANA HENDAK
MEMANASKAN BADAN ?
Lakukan pemanasan
badan sebelum mulakan aktiviti secara amhnya, fokus pada otot utama semasa
memanaskan badan seperti hamstring. Kemudian anda boleh melakukan senaman
ringan yang lebih spesifik kepada sukan anda.
Berikut adalah contoh
gerakan memanaskan badan:-
1. Untuk
aktiviti berjalan pantas : Berjalana perlahan 5-10 minit.
2. Panaskan
badan untuk latihan kekuatan : Gerakkan sendi dan otot mengikut pola semasa menggunakan pemberat. Tapi jangan menggunakan pemberat.
3. Panaskan
badan untuk berenang : Berenang perlahan
beberapa minit.
BAGAIMANA HENDAK
MENYEJUKKAN BADAN ?
Menyejukkan badan
lebih kurang sama seperti memanaskan badan. Anda terus lakukan aktiviti sukan
tetapi pada kadar yang lebih perlahan dan tidak lasak. Menyejukkan badan sangat
penting untuk atlet sukan yang aktf seperti ahli marathon. Ia penting untuk
menyeimbangkan aliran darah di dalam badan selepas berlari.
Contoh aktiviti
menyejukkan badan:-
1. Aktiviti
berjalan pantas, sejukkan badan dengan terus berjalan tetapi perlahan 5-10
minit.
2. Aktiviti
ringan, rehatkan otot dengan berada di dalam air selama 10 minit.
No comments:
Post a Comment