Friday, May 3, 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN KECEDERAAN DALAM SUKAN.


1) PAKAI PAKAIAN SESUAI
     Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.



      2) PATUHI PERATURAN
     Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.


3) PANASKAN BADAN SEBELUM BERSUKAN 
    Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.


4) TAHU MENGGUNAKAN PERALATAN SUKAN
    Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar.



No comments:

Post a Comment

LATAR BELAKANG SCRABBLE

-            Scrabble  ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai...