- Scrabble ialah mainan berpapan susun
kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata
berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan
permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).
-
Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang
bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh
buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar
atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat
dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang
mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.
-
Scrabble dijual di 121 negara dalam 29
versi bahasa di dunia. Seratus juta set permainan Scrabble terjual di seluruh
dunia, dan setiap tiga keluarga di Amerika memiliki satu set permainan
Scrabble.
-
Di Amerika Syarikat dan Kanada, nama
Scrabble ialah cap dagang dari Hasbro, manakala di negara-negara lain, cap
dagang Scrabble dipegang oleh J. W. Spear & Sons. Sebelum diambil alih oleh
J. W. Spear di tahun 1993, Scrabble adalah cap dagang milik Murfett Regency di
Australia. Permainan ini juga dikenali sebagai Alfapet, FUNWORDER,
Skip-A-Cross, dan Palabras Cruzadas.
No comments:
Post a Comment