Thursday, May 9, 2019

LATAR BELAKANG SCRABBLE


-        Scrabble ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai perkataan yang dibentuk daripada keping huruf di atas papan permainan berpetak-petak (15 lajur dan 15 baris).

-        Kepingnya berbentuk bujur sangkar yang bertuliskan satu huruf pada mukanya. Setiap pemain mengambil sebanyak tujuh buah keping huruf dari kantung, lalu cuba membentuk perkataan secara mendatar atau menurun seperti teka silang kata. Perkataan yang dibentuk harus terdapat dalam kamus am yang berpadan dengan bahasa yang dimainkan. Pemain yang mengumpul jumlah mata tertinggi dijadikan pemenang.

-        Scrabble dijual di 121 negara dalam 29 versi bahasa di dunia. Seratus juta set permainan Scrabble terjual di seluruh dunia, dan setiap tiga keluarga di Amerika memiliki satu set permainan Scrabble.

-        Di Amerika Syarikat dan Kanada, nama Scrabble ialah cap dagang dari Hasbro, manakala di negara-negara lain, cap dagang Scrabble dipegang oleh J. W. Spear & Sons. Sebelum diambil alih oleh J. W. Spear di tahun 1993, Scrabble adalah cap dagang milik Murfett Regency di Australia. Permainan ini juga dikenali sebagai Alfapet, FUNWORDER, Skip-A-Cross, dan Palabras Cruzadas.



Saturday, May 4, 2019

TEKNIK MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN

MENGAPA PERLU MEMANASKAN DAN SEJUKKAN BADAN ?
        
       Rutin ini sangat penting utuk mengurangkan risiko kecederaan dan menambah-baik lagi prestasi anda semasa bersukan. Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan ialah satu aktiviti yang ringan dan tidak lasak. Warming up boleh membantu anda bersedia untuk melakukan aktiviti lasak. Dengan memanaskan badan, sistem pernafasan dan kardiovaskular akan meningkat secara berperigkat kemudian darah yang berada diotot akan turut menigkat dan menaikkan suhu badan. Sekiranya kita melakukan aktiviti lasak secara mengejut badan akan mengalami pelbagai masalah otot seperti kejang otot.


















BAGAIMANA HENDAK MEMANASKAN BADAN ?
Lakukan pemanasan badan sebelum mulakan aktiviti secara amhnya, fokus pada otot utama semasa memanaskan badan seperti hamstring. Kemudian anda boleh melakukan senaman ringan yang lebih spesifik kepada sukan anda.

Berikut adalah contoh gerakan memanaskan badan:-

1. Untuk aktiviti berjalan pantas : Berjalana perlahan 5-10 minit.
2. Panaskan badan untuk latihan kekuatan : Gerakkan sendi dan otot mengikut pola semasa menggunakan pemberat. Tapi jangan menggunakan pemberat.
3. Panaskan badan untuk berenang : Berenang perlahan beberapa minit.


BAGAIMANA HENDAK MENYEJUKKAN BADAN ?
Menyejukkan badan lebih kurang sama seperti memanaskan badan. Anda terus lakukan aktiviti sukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan dan tidak lasak. Menyejukkan badan sangat penting untuk atlet sukan yang aktf seperti ahli marathon. Ia penting untuk menyeimbangkan aliran darah di dalam badan selepas berlari.

Contoh aktiviti menyejukkan badan:-

1. Aktiviti berjalan pantas, sejukkan badan dengan terus berjalan tetapi perlahan 5-10 minit.
2. Aktiviti ringan, rehatkan otot dengan berada di dalam air selama 10 minit.










Friday, May 3, 2019

LANGKAH-LANGKAH MENGELAKKAN KECEDERAAN DALAM SUKAN.


1) PAKAI PAKAIAN SESUAI
     Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.



      2) PATUHI PERATURAN
     Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.


3) PANASKAN BADAN SEBELUM BERSUKAN 
    Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.


4) TAHU MENGGUNAKAN PERALATAN SUKAN
    Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar.



Wednesday, May 1, 2019

ISTILAH-ISTILAH DALAM SCRABBLE

1) BOARD

    2) DOUBLE WORD (DW)


    3) TRIPLE WORD (TW)


   4) DOUBLE LETTER (DL)


   5) TRIPLE LETTER (TL)










LATAR BELAKANG SCRABBLE

-            Scrabble  ialah mainan berpapan susun kata yang melibatkan 2 hingga 4 orang pemain bersaing mengumpul mata berdasarkan nilai...